Monday, 5 December 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN( PENJAGAAN MATA )



PENGENALAN




Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?

Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Kecederaan
  • Kelesuan mata

Apakah faktor yang menyebabkan mata kita kering? 



Terlalu fokus kepada skin komputer terlalu lama. Secara purata, pekerjaan seseorang banyak melibatkan penggunaan komputer. Melihat monitor terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi kering. Penyelesaiannya, apabila mata melihat komputer pastikan mati tidak terlalu dekat dengan monitor. Alihkan pandangan mata ke tempat lain seketika. Mata hanya boleh fokus kepada komputer 4 jam sehari sahaja.

Kepentingan Pemeriksaan Mata


Setiap orang pelu menjalani pemeriksaan mata dan kekerapannya bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan taraf kesihatan.  Pemeriksaan mata secara berjadual membolehkan pakar membetulkan masalah pandangan anda.


Ada tiga kumpulan boleh membantu anda iaitu pakar oftalmologi, optometri dan pakar optik.  Oftalmologi adalah doktor perubatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan mata menyeluruh, termasuk membuat pemeriksaan mata lengkap, pengkhususan dalam diagnosis dan rawatan penyakit mata serta melakukan pembedahan.  Manakala optometri dan pakar optik boleh membantu anda mengetahui masalah penglihatan, menawarkan kaedah mengatasinya seperti kaca mata dan kanta lekap.

CARA UNTUK MENJAGA MATA

Menonton TV:
  • Dengan jarak lebih daripada 2 meter
  • Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan
  • Jangan menonton TV secara berbaring

Semasa membaca:

  • Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
  • Jangan membaca sambil berbaring


Semasa menggunakan komputer:

  • Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
  • Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
  • Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
  • Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
  • Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
  • Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
  • Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer
Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:

  • Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal
  • Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang

Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut:

  • Mata merah
  • Kesakitan yang teruk pada mata
  • Penglihatan kabur
  • Benda asing di dalam mata
  • Kecederaan pada mata
AKTIVITI


1.Senaraikan 3 cara penjagaan mata..?

2.Faktor yg menyebabkan mata kering..?

Sunday, 4 December 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ( PEMAKANAN SEIMBANG )

Baiklah murid-murid sebelum kita belajar topik makanan seimbang, marilah kita melihat video yang telah disediakan.

video




PENGENALAN

Makanan seimbang amat penting kepada kita. Makanan seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral. Makanan yang mengandungi karbohidrat termaksuklah roti, tepung dan nasi. Karbohidrat membekalkan tenaga kepada kita.

Badan kita juga memerlukan protein. Sumber protein yang baik ialah ikan, daging, susu dan telur. Kita juga perlu makan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Tabiat pemakanan yang baik menjadikan badan kita kuat dan sihat


KOLESTEROL

Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi sangat merbahaya kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Anda perlu memantau tahap kolesterol dalam darah. Ia boleh dilakukan di hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal anda

Tahap kolesterol darah saya tinggi, apakah makanan yang perlu saya ambil ?


1.Kurangkan pengambilan lemak atau ambil makanan rendah lemak.

2.Kurangkan pengambilan kolesterol atau ambil makanan yang mengandungi rendah kolesterol

3.Gantikan daging dengan mengambil kekacang.

Contoh :- kacang pis, kacang soya dan sebagainya.

4.Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

Ambil sekurang-kurangnya satu hidangan yang kaya vitamin A atau "Carotenoids" setiap hari, contohnya :- sayuran hijau, lobak merah, tomato, kentang, mangga, betik atau tembikai. Ambil juga kumpulan makanan yang kaya dengan vitamin C. Contoh:- jambu, betik, oren, mangga atau belimbing

5.Lebihkan makan bijiran seperti nasi, oat, barli, jagung, gandum dan produk bijirin.

6.Lakukan senaman atau tingkatkan aktiviti fizikal.


VITAMIN


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses proteinkarbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

Jenis-jenis vitamin.

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.



PROTEIN

PENGAMBILAN protein secara berlebihan adalah tidak menguntungkan tubuh. Makanan yang tinggi protein biasanya tinggi lemak sehingga menyebabkan obesiti.
Diet protein tinggi yang sering dianjurkan untuk menurunkan berat badan adalah kurang sesuai. Kelebihan protein boleh menimbulkan masalah lain, terutama pada bayi.
Lebihan asid amino akan memberatkan ginjal dan hati yang harus memproses bahan kumuhan atau nitrogen dan mengeluarkannya dari tubuh.
Lebihan protein akan menimbulkan asidosis, dehidrasi, diare, kenaikan ammonia darah, kenaikan ureum darah, dan demam.


KARBOHIDRAT


Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen.

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.

Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas.Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:


1- Monosakarida

2- Oligosakarida

3- Polisakarida


Monosakarida

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).

Oligosakarida


Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

Polisakarida

Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).




PIRAMID MAKANAN MALAYSIA


Apakah dia Piramid Makanan?

Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . 


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam


Food Pyramid

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
 NOTE:



PERKATAAN YANG MEMPUNYAI DUA SUKU KATA DAN TIGA SUKU KATA.
Dua suku kata
Tiga suku kata
1. daging
1. tenaga
2. roti
2. vitamin
3. garam
3. seimbang
4. susu
4. makanan
5. ikan
5. mineral


AKTIVITI 1

1.Berdasarkan piramid makanan,paras manakah perlu dimakan lebih banyak,..?

2.Berdasarkan piramid makanan,berikan satu contoh jenis makanan setiap paras...?

3.Apakah itu piramid makanan..?

AKTIVITI 2


A.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Pisang    
kekacang
tempatan
tenaga
dibasuh


1.  Sayur-sayuran jenis __________ amat baik untuk kesihatan kita. 




2.  Buah manggis dan buah tembikai merupakan buah-buahan _________





3.  Buah-buahan yang baru dibeli perlu _________ sebelum dimakan.







4.  Roti membekalkan _________ kepada kita.





5.  __________ tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk.



B. Lengkapkan ayat di bawah ini dengan menggariskan perkataan yang sesuai.

                Makanan ( seimbang / sejenis ) amat penting kepada kita. Makanan seimbang terdiri daripada karbohidrat , protein, vitamin dan garam mineral. Makanan yang mengandungi karbohidrat termaksuklah roti, tepung, dan ( nasi / gula ). Karbohidrat membekalkan  ( air / tenaga ) kepada kita. 
        Badan kita juga memerlukan protein. Sumber protein yang baik ialah ( ikan / garam ) , daging, susu dan telur. Kita juga perlu makan sayur-sayuran dan buiah-buahan. Tabiat pemakanan yang baik menjadikan badan kita kuat dan ( keras / kuat ).



C.  Tulis perkataan yang mempunyai dua suku kata dan tiga suka kata di ruang yang disediakan.

daging
tenaga
garam
makanan
Ikan
vitamin
roti
seimbang
susu
mineral


Dua suku kata
Tiga suku kata
1.
2.
3.
4.
5.
1.
2.
3.
4.
5.


VIDEO 1 :
video


VIDEO 2 :
video