.
Telinga - sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh. Telinga pada haiwan vertebrata memiliki dasar yang sama daripada ikan hingga manusia, dengan beberapa kepelbagaian bergantung kepada fungsi dan spesies.
Setiap vertebrata memiliki satu pasang telinga, kedua-duanya terletak bersimetri pada bahagian yang berlawanan di kepala, untuk menjaga keseimbangan dan kedudukan bunyi.
Bunyi adalah bentuk tenaga yang bergerak menerusi udara, air, atau benda lain, dalam bentuk gelombang. Walaupun telinga yang mengesan bunyi, fungsi pengenalan dan tafsiran dilakukan di otak dan sistem saraf pusat. Rangsangan bunyi disampaikan ke otak melalui saraf yang menyambungkan telinga dan otak (nervus vestibulokoklearis).
Selain daripada membersihkan telingan dengan mengereknya, cara lain untuk menjaga telinga adalah dengan menjaga telinga dari suara-suara yang terlalu kuat seperti mendengarkan muzik yang terlalu rancak ataupun bunyi mesin yang sangat mengganggu dan jika mendengarkan muzik melalui earphone jangan menggunakan volume yang tinggi.
BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM
TELINGA
Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian luar, bahagian tengah dan bahagian dalam yang bekerja bersama-sama untuk memproses suara supaya dapat mendengar percakapan orang dengan baik.
1.Bahagian tengah telinga.
2.Bahagian dalam telinga.
3.Bahagian luar telinga.
Masalah yang biasa terjadi pada telinga adalah terjadinya iritasi, berpunca daripada cara yang salah ketika membersihkan telinga.
Jangan gunakan alat-alat yang tajam kerana boleh melukai telinga.
MASALAH JUGA AKAN BERLAKU JIKA..........
Telinga Luar
Kulit lubang telinga luar adalah seperti kulit bahagian badan yang lain. Ia juga mempunyai liang peluh dan liang minyak.
1. Kecederaan secara langsung oleh objek keras ke dalam lubang telinga luar. Seperti apabila telinga terasa gatal gatal, seseorang itu mungkin akan menggunakan objek keras untuk menggaru lubang telinga dan mengakibatkan melecet dan seterusnya dijakiti kuman.
2. Jangkitan kuman di bahagian liang bulu roma kulitnya dan mengakibatkan bisul.
3.Tahi telinga (earwax) terdiri dari kekotoran seperti habuk, kulit-kulit kering, peluh, minyak kulit (sebum). Tahi telinga tidak mendatangkan sakit telinga tetapi sekiranya ia terlalu padat dan keras ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman di telinga luar juga.
Telinga Tengah
Telinga tengah bersambung dengan kerongkong, mulut dan hidung.
Oleh itu kuman yang menjangkiti bahagian ini boleh merebak masuk ke telinga tengah melalui tiub Eustachian dan kuman membiak di dalam bilik telinga tengah sehingga dipenuhi dengan nanah.
Nanah yang terjadi membuatkan tekanan tinggi dalam telinga dalam ini dan menyebabkan seseorang itu mengadu sakit telinga yang amat sangat.
Bila tekanan terlampau tinggi gegendang telinga akan pecah maka keluarlah segala nanah dari telinga dalam tersebut.
Pada waktu ini sakit telinga akan berkurangan kerana tekanan sudah tiada lagi akibat gegendang yang telah pecah tetapi waktu ini telinga dipenuhi dengan nanah.
Oleh itu jika seseorang mengalami selsema yang berpanjangan walaupun sedikit, jangan ambil tidak peduli kerana satu hari mungkin ia boleh menyebabkan telinga seseorang itu bernanah.
Telinga Dalam
Telinga dalam di penuhi dengan saraf dan alat pendengaran (cochlear) dan alat imbang (vestibular) yang sangat sensitif. Ia berhampiran dengan otak.
Sakit bahagian ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, radang disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat, bahan kimia atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Disebabkan oleh telinga dalam fungsinya ialah pendengaran dan imbangan serta berhampiran dengan otak maka seseorang yang mengalami sakit telinga dalam juga mengalami simptom yang lain seperti pening pusing, muntah, keaadan yang tidak seimbang dan kurang pendengaran.
PENJAGAAN & PEMELIHARAAN
TELINGA
1.Menjaga telinga bukan setakat membersihkan cuping telinga sahaja, bahagian tengah dan dalam juga mesti dijaga supaya bersih.
2.Pembersihan telinga harus dilakukan dengan menggunakan air suam dan kapas.
3.Jangan cungkil telinga dengan benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga. Elakkan juga daripada menggunakan kuku kerana terdapat banyak patogen pada kuku.
4.Jika telinga dimasuki air, gunakan putik kapas yang bersih
5.Elakkan daripada menghembus hingus dengan kuat.Ini kerana kedudukan telinga bersambung dengan hidung dan kerongkong.Sebarang hembusan yang kuat boleh memecahkan gegendang telinga.
6.Elakkan daripada mendengar bunyi yang kuat dari jarak yang terlalu dekat.
7.memeriksakan telinga setiap 3-4 bulan sekali ke doktor.
NOTE:
Simpulan Bahasa Bagi
Telinga
1. Telinga lintah [Pendengaran yang baik]
2. Telinga nipis [Mudah marah]
3. Pasang telinga [Mendengar dengan teliti]
''Sekarang,mari kita lakukan aktiviti di bawah ini bersama-sama...''
''Sekarang,mari kita lakukan aktiviti di bawah ini bersama-sama...''
AKTIVITI
1.Senaraikan 3 bahagian utama dalam telinga...?
2. Berikan 3 faktor penyebab sakit telinga..?
3. Terangkan 3 contoh simpulan bahasa bagi telinga...?
.....sayangilah telinga anda...
No comments:
Post a Comment