Friday 2 December 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PENJAGAAN KUKU)

PENGENALAN


Kuku-struktur yang separa keras dan sedikit rucing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin,sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. 


Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.



Struktur kuku

Kuku terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:-
  • eponikium (bahasa Inggeris: eponychium) atau kutikel, ialah lapisan kulit lutcahaya yang berada di pangkal kuku.
  • paronikium (bahasa Inggeris: paronychium) ialah lapisan kulit di sisi kuku.
  • hiponikium (bahasa Inggeris: hyponychium) ialah kawasan pelekatan antara hujung kuku dengan hujung jari
  • bahagian atas kuku atau mudahnya kuku itu sendiri ialah lapisan yang keras dan lutcahaya, dibina daripada keratin.
  • isi kuku ialah tisu yang menyambungkan dan melekatkan kuku dengan kulit.
  • akar kuku ialah bahagian yang terbenam di bawah kulit di belakang kuku.
  • lunula ialah stuktur berwarna putih kemerahan berbentuk bulan sabit di pangkal kuku.
Setiap bahagian kuku ini mempunyai fungsinya tersendiri, dan boleh menyebabkan kecacatan pada kuku jika dirosakkan.


Penjagaan kuku

Produk-produk penjagaan kuku sahaja tidak mencukupi untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-




  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

    No comments:

    Post a Comment