Friday, 2 December 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PENJAGAAN GIGI SIHAT )



PENGENALAN

 Gigi-merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat . Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan, terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.


GAMBAR 
GIGI YANG CANTIK







GAMBAR
GIGI YANG ROSAK







MASALAH BERKAITAN 
GIGI

Plak dan kalkulus

-Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ia lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".


 
Penyakit periodontal

-Penyebab utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya.Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.


 
Karies gigi
-Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan acid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.


KEPENTINGAN GIGI

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.


CARA PENJAGAAN GIGI
  1. Memflos gigi sebelum memberus.
  2. Berus gigi dua kali sehari.
  3. Gunakan berus gigi yang betul.
  4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun.
  5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung.
  6. Berhenti merokok.
  7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol.
  8. Tingkatkan pengambilan kalsium.
  9. Amalkan pengambilan vitamin C dan D.
  10. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.


PANDUAN PENJAGAAN
MULUT MENGIKUT PERINGKAT UMUR


  •  baru baru lahir-2 tahun.
    1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa selepas makan dan sebelum tidor.
    2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu didalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
    3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jiga gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun
    4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidor.
    5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
    6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida. 
      • Umur 2-6 tahun.
        1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdsarkan minat dan kebolehan.
        2. Mula ajr menggunakan floss pada bahagian gigi yang rapat.
        3. Berjumpa dengan doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
        • Umur 6-12

        1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dibawah pengawasan ibu bapa. 8 tahun dikira purata umur kanak-kanak sudah boleh berdikari memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri dalam 10 tahun.
        2. Kanak-kanak harus memberus gigi dengan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi. Rasanya di sekolah, ada doktor gigi buat demonstrasi cara untuk gosok gigi yang betul.
        •  Semua peringkat golongan umur.

        1. Tukar berus gigi dalam setiap 3-4 bulan
        2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.


         CARA-CARA 
        MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL


        Kaedah-Kaedah Memberus

        1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi
        2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.
        3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.



        MAKANAN UNTUK GIGI YANG 
        TIDAK SIHAT








        MAKANAN 
        YANG
        MANIS












        MAKANAN UNTUK GIGI YANG 
        SIHAT




         MAKANAN 
         YANG 
        BERKHASIAT











        CARTA
        PIRAMID MAKANAN


        KESIMPULAN

        Jangan lupa mengunakan :-)


        berus gigi

         +
        ubat gigi
        = untuk menggosok gigi


        MASA

        1. Bangun tidur 









          2. Selepas makan


                                                       3. Sebelum tidur













        AGAR

        1. Gigi bersih dan 
            kuat.







         

        2. Gigi cantik dan
        bersih


        3. Terhindar daripada 
        kuman.












        seyumlah: 



        AKTIVITI 1



        Baiklah murid-murid,
        sekarang mari kita isi bersama-sama jawapan pada tempat kosong yang diberikan…

         
        Bangun pagi-pagi,
        Kita ______ gigi,
        Gigi jadi ______
        dan bersih,
        _______ nampak cantik,
        Nanti orang ____,
        Gigi jadi sihat
        dan kuat,
        Senyum nampak cantik,
        Nanti orang suka,
        _____ jadi sihat,
        dan _______.


        AKTIVITI 2
         
        Sekarang kita akan melihat cerita tentang

        VIDEO1:  
           Mari Kita Gosok Gigi 

         
        Perhatikan betul-betul cerita ini murid-murid
          






        Jawab soalan berdasarkan kepada cerita yang telah dilihat……


        1.Apakah pesanan ibu Adi sebelum tidur?

        2.Adakah Adi menggosok giginya sebelum tidur?

        3.Pukul berapakah Adi bangun dari tidurnya?

        4.Kenapakah kawan-kawan Adi menutup mulut mereka semasa bercakap dengan Adi?

        5.Apakah makanan kegemaran Adi semasa beliau makan di kantin sekolahnya?

        6.Kenapakah Adi meminta maaf kepada kedua orang tuanya?

        7. Apakah pesanan Adi kepada kawan-kawannya?




        ·       
        VIDEO 2: 
        Gosok Gigi Habis Sarapan Sebelum Tidur






         ''Ingat pesan cikgu......
        Jangan lupa menggosok gigi......''

        1 comment: