Monday 5 December 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN( PENJAGAAN MATA )



PENGENALAN




Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?

Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Kecederaan
  • Kelesuan mata

Apakah faktor yang menyebabkan mata kita kering? 



Terlalu fokus kepada skin komputer terlalu lama. Secara purata, pekerjaan seseorang banyak melibatkan penggunaan komputer. Melihat monitor terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi kering. Penyelesaiannya, apabila mata melihat komputer pastikan mati tidak terlalu dekat dengan monitor. Alihkan pandangan mata ke tempat lain seketika. Mata hanya boleh fokus kepada komputer 4 jam sehari sahaja.

Kepentingan Pemeriksaan Mata


Setiap orang pelu menjalani pemeriksaan mata dan kekerapannya bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan taraf kesihatan.  Pemeriksaan mata secara berjadual membolehkan pakar membetulkan masalah pandangan anda.


Ada tiga kumpulan boleh membantu anda iaitu pakar oftalmologi, optometri dan pakar optik.  Oftalmologi adalah doktor perubatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan mata menyeluruh, termasuk membuat pemeriksaan mata lengkap, pengkhususan dalam diagnosis dan rawatan penyakit mata serta melakukan pembedahan.  Manakala optometri dan pakar optik boleh membantu anda mengetahui masalah penglihatan, menawarkan kaedah mengatasinya seperti kaca mata dan kanta lekap.

CARA UNTUK MENJAGA MATA

Menonton TV:
  • Dengan jarak lebih daripada 2 meter
  • Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan
  • Jangan menonton TV secara berbaring

Semasa membaca:

  • Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
  • Jangan membaca sambil berbaring


Semasa menggunakan komputer:

  • Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
  • Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
  • Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
  • Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
  • Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
  • Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
  • Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer
Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:

  • Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal
  • Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang

Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut:

  • Mata merah
  • Kesakitan yang teruk pada mata
  • Penglihatan kabur
  • Benda asing di dalam mata
  • Kecederaan pada mata
AKTIVITI


1.Senaraikan 3 cara penjagaan mata..?

2.Faktor yg menyebabkan mata kering..?

No comments:

Post a Comment